Perlembagaan

SKUAD KEBERSIHAN

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

NO. PENDAFTARAN K005/2011/SMJKPCPP

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) BADAN PERKHIDMATAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,

Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Skuad Kebersihan SMJK Perempuan China Pulau Pinang yang selepas ini disebut sebagai ”badan perkhidmatan” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan: Skuad Kebersihan SMJK Perempuan China Pulau Pinang

b. Alamat: SMJK Perempuan China Pulau Pinang, 2, Jalan Gottlieb, 10350 Pulau Pinang.

 

PERATURAN 2 MATLAMAT

Membina perlakuan amalan keceriaan dan kebersihansebagai budaya hidup yang berterusan demi kesejahteraan hidup.

 

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan para pelajar terhadap kepentingan menjaga keceriaan dan kebersihan sekolah.

3.2 Memastikan para pelajar mengamalkan tabiat menjaga keceriaan dan kebersihan sekolah supaya persekitaran sekolah adalah kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Mempertingkatkan kesedaran pelajar sekolah untuk menyayangi alam sekitar melalui Projek Hijau Sekolah serta program-program amalan keceriaan dan kebersihan.

 

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaandan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan badan pekhidmatan ini.

 

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

 

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

 

PERATURAN 7 KEWANGAN

7.1 Sumber utama kewangan badan perkhidmatan adalah melalui yuran ahli yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung Tahunan dan telah diputuskan sebanyak RM 10.00 seorang setahun.

7.2 Bayaran tertentu dibayar oleh sesiapa yang bersetuju menyertai aktiviti yang dirancangkan.

 

PERATURAN 8 KEHADIRAN/PENYERTAAN

8.1 Ahli badan perkhidmatan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh badan perkhidmatan sepanjang tahun.

8.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

 

PERATURAN 9 AKTIVITI

9.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

9.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

 

PERATURAN 10 PERATURAN-PERATURAN

10.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

10.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

10.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

 

PERATURAN 11 TINDAKAN DISIPLIN

11.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan badan perkhidmatan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

11.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

11.2.1 Amaran lisan

11.2.2 Amaran bertulis

11.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat badan perkhidmatan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

 

PERATURAN 12 PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

 

PERATURAN 13 PEMBUBARAN BADAN PERKHIDMATAN

13.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan badan perkhidmatan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

13.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

 

PERATURAN 14 HAL-HAL LAIN

14.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

14.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.